5 Disember 2015 - 15:00
Lima pengganas ditangkap Polis Diraja Malaysia

Polis Diraja Malaysia umum penangkapan 5 pengganas sejak 17 November.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pasukan polis mengumumkan kejayaan menahan 5 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di Malaysia.

Kelima-lima yang disyaki pengganas telah ditangkap di sekitar Selangor, Johor, Kelantan dan Kuala Lumpur antara 17 November hingga 1 Disember lalu, oleh
bahagian Counter Terrorisem Cawangan Khas.

Suspek pertama yang ditangkap di Kuala Lumpur berusia 44 tahun, bekerja sebagai guru sambilan Bahasa Inggeris di Pulau Pinang. Individu ini disyaki pernah
menyertai kumpulan pengganas al-Qaeda yang beraliran Wahabi, serta terlibat dalam aktiviti keganasan di Afghanistan dan Bosnia.

Suspek kedua pula adalah warga Afrika berusia 29 tahun, ditangkap di Cheras dan merupakan pelajar di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, seorang warga Indonesia berusisa 31 tahun yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel lori telah ditangkap di Johor. Individu ini pernah
memberikan bai'ah kepada Abu Bakar al-Baghdadi melalui Facebooknya pada pertengahan tahun 2014. Dia juga mempunyai hubungan dengan rakyat Malaysia
yang menjadi pengganas di Syria dan bertanggung jawab menjalankan sendiket mengatur rakyat Asia Tenggara ke Syria untuk bergabung dengan militan IS
(Negara Islam), di Syria, termasuk kumpulan-kumpulan pengganas lain di Nusantara.

Seorang lagi individu yang ditahan berusia 59 tahun, warga Malaysia yang bekerja sebagai tukang jahit dan merupakan anggota RELA. Dia yang ditangkap di
Kota Bharu Kelantan disyaki bertanggung jawab merekrut dan mengatur ahli-ahli baru pengganas untuk terlibat dalam aktividi keganasan di luar negara.

Suspek terakhir adalah berusia 25 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat swasta. Individu ini mempunyai hasrat untuk bergabung dengan kumpulan
pengganas IS di Syria.

Tiga suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Akta 747) manakala dua yang lain akan dibicarakan di bawah Akta Imigresyen 1959/63 bagi tujuan pengusiran.

Kumpulan-kumpulan yang sedang melakukan aktiviti militan di Syria dan Iraq telah diajar ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran tersebut menyeru
pengikutnya melakukan keganasan dan membunuh siapa s ISahaja yang bukan dari aliran mereka atas nama tauhid dan membanteras syirik.